Jumaat, 24 Mei 2013

C!Nt@ d@l@m PerS@H@B@T@N

C.I.N.T.A.. Ramai antara kita memberi skop kecil lau cinta mesti melibatkan perhubungan laki n puan kan,,yoyo,,haram tau bercinta sebelum sah kih3,,mai nak habak hang,,PERSAHABATAN pom,, boleh menerbitkan rasa CINTA..xmusti laki nga puan jek,,laki nga laki or puan nga puan pom boleh bercinta tau,,opss...OMG,,,ni bkan nak cakap sal gay or lesbian pulakk,,jangan salah angap noe,,,,
Cinta dalam persahabatan membawa ke hujung nyawa cewah,,,

haaa,,ni se agi nok kabo sahabat nga kawan ni xsame tau maksud yew,,,jgn ingt same jew,,,SAHABAT  ne lebih mencintai SAHABATNYA ..manakala kawn plak ni haa macam untuk bersantai-santai...haa ni mai baca nok kabo ckit pasal Cinta dalam PERSAHABATAN yg sebenarnya,,,,
                                                    
  • Cinta menyebabkan seseorang akan berasa bersyukur kpd-Nya,,right??,,xcaya tepuk dada tanya hati n pikiran kita,,huhu,,koz dengan cinta seorang sahabat menghargai sahabatnya dan menjaga persahabatan itu sebaiknya kerana Alalh SWT kerana telah menganugerahkan kpd kamu seorang insan yg begitu beharga dalam kehidupan kita...
  • Cinta y tulus dlm persahabatan xkn mati.menerima sahabt seadanya memerlukan perasaan yg jitu krn perlu belajr mengenepikan perasaan dan kepentingan diri sendiri utk menerima keburukan seseorang.So u ollss,,seburuk2 mane pun sahabat korang terimalah mereka seadanya koz itulah yg akn kekal selamanya ..kan,,kan,, 
  • Cinta dlm persahabatan tak perlukan apa2 wlaupom hanya ucapan terima kasih.koz sebab rasa cintalah tak mustahil sahabat kita sanggup mengjaga kamu dari di buli org lain wlaupom dia sendiri yg akan terluka n dilukai,,soooo.....suuvittttt,,kih3.
  • Sahabt sejati plak saggup berkorban utk sahabtnya yg kain krn adanya cinta yg mendalam dlm hbgn persahabatan...huntungkan dapat sahabt mcm nih,,,pengorbanan mereka blh laa kita lihat dr segi tenaga,masa, dan wang ringgit..koz bg seorang sahabat sejaty pengorbanan seperti ini xmenjadi masalah bgnya.
  • Cinta dlm persahabatan jg blh menjadi pemangkinuntuk sahabatnya menjadi seorang yang berjaya,,macm sumber inspirasi gituu lass lebih dan kurang nye kan..koz kita tau kan sahabat boleh memberi kita semangat yg tiggi apatah lagi kalu kamu orang memiliki tujuan yg sama. 

................Haaa dah tau kan,,,bersahabat pom boleh bercinta taauuuu,tau....................
.............tp nak cari sanabat n bercinta ngan nye pom kena lah berhati2..koz rambut same hitam hati lain.............ni haaa,,,cheq pom ade sahabat2 n kawan2 cheq yg selalu suka duka bersama,,mcm lagu black tuh,,,keatwo bersamo,,menagis pom bersamo,,hewhew,,ni ler sahabt n kawan2 cheq....
                                                                                 




                                                                                




<---------ni sahabat cheq dari zaman sekolah,,bff g tuh peace yoooo,,,name dia hasmiza hamid,,tenkiu dear jd shabt yg slalu ade bila dperlukan walau kdg2 xdek kih3,,,,,









               ni haaa,,,sahabat cheq,,,kami knl mase kat
               universiti ni jep,,dia baik tau,,sukar say" NO " haha
                   tq yana akilah jd sahabt cheq,muahaha






                              ni plak sahabt2 n kawn2 y ketawa n mengis bersama
                                    cik ayu,,,,,,cik chinta,,,cik yana,,
.................................................okep sekian,,peace yooo............................................


Jumaat, 29 Mac 2013

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA



BAB3
SEKULARISME
Sekularisme ialah sekular(latin) iaitu saeculum yang bermaksud masa dan tempat. Maksud sekular pada masa ialah masa dimana kita menjalani kehidupan seharian manakala bagi tempat pula ialah merujuk kepada kehidupan dunia atau nyata(J.A Amurray&H.Bradley 1994). Sekular berfokus kepada pkehidupan yang sempurna di dunia tanpa hari pembalasan di akhirat.ianya juga bermaksud untuk pemisahan antara zahir dan batin,fizikal dan spiritual,rohano dan jasmani.Sehubungan itu,sekular bertujuan melahirkan kehidupan tidak beragama,bukan beragama dan tidak kudus (St Edmund 1290).Selain itu,definisi sekular dari  segi falsafah ialah sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan dengan kehidupan manusia.Oleh itu sekular merujuk kepada sebuah doktrin yang mem[punyai unsur-unsur moral yang berteraskan kehendak manusia tanpa merujuk  kepada agama dan  akhirat.George Jacob Holyoake memberi definisi lain bagi sekular ialah melaukan sesuatu perkara yang  berkaitan dengan kehidupan tanpa dipengaruhi oleh spiritual dan metafizik. Dan juga merupakan gerakan metarialisis dan rasional yang bermula di Inggeris.Sekularisme juga ilah pemisahan antara politik daripada ajaran agama .NEGARA SEKULAR - Negara sekular ialah merujuk kepada gagasan Negara yang menerima anutan fahaman sekular .Ianya juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yang  mendalam terhadap pengasingan antara gereja adan Negara serta menghalang ajaran agama di sekolah.Oleh itu Negara sekular ialah Negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegar antara agama dan Negara. Sehubungan dengan itu doktrin sekular diperkenalkan oleh George Holyoake bagi menjamin kehidupan manusia dimana doktrin ini menjeklaskan 3 prinsip iaitu memperbaiki kehidupan dengan kebendaan,sains adalah panduan hidup manusia dan kebaikan adalah lebih baik jika dilakukan bersama.

SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME, PRINSIP SEKULARISME DAN CIRI-CIRI SEKULARISME
Sekularisme wujud disebabakan oleh beberapa factor antaranya ialah disebabkan oleh penentangan dan pengasingan kuasa gereja.kemunculan teori Charles Darwin.Manakala prinsip-prinsip sekularisme  adalah untuk mempertingkatkan penguasan kebendaan dalam kalangan manusia dan mengutrakan prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai matlamt sendiri. Sekularisme mempunyai 11 ciri antaranya ialah penafian  hal-hal kerohanian, menafikan adanya nilai hidup tetap dan pengasingan kuasa Negara daripada agama.

KAEDAH PENYEBARAN FAHAMAN SEKULARISME
Fahaman sekularisme disebarakan melalui beberapa cara antaranya ialah melalui pendidikan ,media massa, undang-undang.penyebran melaului pendidikan dilakukan dengan cara penghantaran pelajar keluar Negara untuk belajar.penghapusan pelajaran  agama atas nama pendidikan ,memperkenalkan institusi pendidikan di Negara islam dan pergaulan  bebas.
KEKUASANAN MANUSIA (MANPOWER) - Manpower merujuk kepada cita-cita manusia yang tinggi untuk dicapai.dimana manusia akan menggunakan akalnya dengan betul bagi membentuk nilai moral yang  baik.

LIBERALISME  -  Merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilsi politik tertinggi  yang menekankan hak peribadi dan kesamarataan peluang. Aliran ini juga bersetuju dengan prinsip-prinsip seperti kebebasan bersuara,kedaulatan undang-undang dan sebainya. MODENISASI – Merupakan proses transfomasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat .HUMANISME -  Fahaman ini menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan yang maha agong .dialah yang menentukan hukum-hakam. Selain itu fahaman ini mempunyai sifat-sifat tertentu seperti pencampuran bebas antara lelaki dan perempuan, penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan  seperti gay yang merujuk kepada himeseks hubungn sejenis antara lelaki dan lelaki, penukaran peranan antara lelaki dan perempuan,gerakan pembebasan wanita.kaunseling kelompok dan pendidikan seks.


Isnin, 11 Mac 2013

4unsur sifat manusia



(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.